
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung). Jawatan ini dibuka kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor kesihatan awam.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pembantu Perawatan Kesihatan
- Gred: U1
- Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
- Penempatan: Semenanjung Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kelayakan: SPM
- Bilangan Kekosongan: 2,404
- Simpanan: 3,500
Taraf Pelantikan
Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, pelantikan adalah secara tetap tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Syarat & Keperluan Tambahan
- Calon berumur 18 hingga 35 tahun.
- Mempunyai Body Mass Index (BMI) antara 19 hingga 30.
- Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Maklumat Lanjut Syarat Lantikan
Maklumat terperinci berkaitan syarat lantikan, gaji serta tugas jawatan boleh disemak melalui portal rasmi SPA di pautan berikut:
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan
7 Ogos 2025 (Khamis), jam 11:59 malam
Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Pastikan maklumat peribadi serta pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Jangan lepaskan peluang untuk berkhidmat dalam sektor kesihatan negara. Mohon sekarang!
