
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1 bagi penempatan di pelbagai Kementerian dan Jabatan di Sarawak. Jawatan ini dibuka kepada calon lepasan SPM serta SPM & SKM yang berminat membina kerjaya dalam perkhidmatan awam.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
- Gred: N1
- Penempatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan (Sarawak)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kelayakan: SPM / SPM & SKM
- Bilangan Kekosongan: 26
- Simpanan: 200
Taraf Pelantikan
Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan akan dilantik secara tetap tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Keperluan Bidang
Keperluan bidang adalah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan dan boleh dirujuk dalam Lampiran melalui portal rasmi SPA.
Syarat & Keperluan Tambahan
- Calon berumur 18 hingga 35 tahun.
- Lulus sekurang-kurangnya Gred 7/D dalam empat (4) mata pelajaran pada peringkat SPM.
Maklumat Lanjut Syarat Lantikan
Maklumat lengkap berkaitan syarat lantikan, gaji serta tugas jawatan boleh disemak melalui portal rasmi SPA di pautan berikut:
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan
17 Julai 2025 (Khamis), jam 11:59 malam
Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Pastikan maklumat peribadi serta pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Jangan lepaskan peluang menyertai perkhidmatan awam di Sarawak. Mohon sekarang!
