
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 (DG41)
Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Tahun 2026
SYARAT PELANTIKAN
Pelantikan adalah secara Kontrak (Interim) dan calon mestilah:
✅ Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau setaraf
✅ Kelayakan Akademik
Memiliki salah satu kelayakan berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan daripada IPT tempatan/luar negara yang diiktiraf Kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf Kerajaan.
KEUTAMAAN MENGIKUT OPSYEN
📌 SJKC
Keutamaan kepada graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian Bahasa Cina di peringkat SPM
(kecuali opsyen BM / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris)
📌 SJKT
Keutamaan kepada graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian Bahasa Tamil di peringkat SPM
(kecuali opsyen BM / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris)
📌 Opsyen Tahfiz
Keutamaan kepada:
- Ijazah Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat diiktiraf MQA
- Diploma Tahfiz / Sijil Tahfiz Malaysia (STM) diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Diploma Tahfiz diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
📌 Opsyen Bahasa Semai, Kadazandusun & Iban
Keutamaan kepada:
- Graduan bidang bahasa berkaitan
- Penutur asli (native speaker) / penguasaan bahasa yang baik
SYARAT KHAS OPSYEN BAHASA INGGERIS (BI)
Penilaian berdasarkan CEFR:
- Graduan Pendidikan BI/TESL – CEFR C1 ➜ Layak dipertimbang lantikan Kontrak (Interim)
- Graduan Pendidikan BI/TESL – CEFR B2 ke bawah ➜ Layak lantikan Contract of Service (COS) ➜ Wajib capai C1 dalam tempoh kontrak
- Graduan pelbagai bidang – CEFR C1 ➜ Layak Kontrak (Interim)
- Graduan pelbagai bidang + Diploma BI – CEFR B2 ➜ Layak COS dan perlu capai C1
GRADUAN TIDAK LAYAK MEMOHON
- Keputusan senat selepas 20 Mac 2026
- Graduan Tajaan KPM
- Guru Interim
- Guru Kontrak (SPP/KPM)
- Dalam siasatan / hukuman tatatertib
- Pernah dibuang kerja Perkhidmatan Awam
- Bankrap
CARA MEMOHON
Permohonan dibuat melalui Sistem mySPP:
🔗 https://myspp.spp.gov.my/
🗓 Tempoh Permohonan:
2 Mac 2026 – 20 Mac 2026
⚠ Penting:
- Pastikan maklumat lengkap & tepat
- Kesilapan boleh menjejaskan peluang temu duga
- Tidak dibenarkan kemas kini selepas 20 Mac 2026
- Sistem ditutup 21 Mac – 21 April 2026
PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
Calon perlu membawa surat pengiktirafan ijazah daripada MQA semasa temu duga.
Semakan boleh dibuat di:
- https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan
- https://www2.mqa.gov.my/mqr/
Bagi ijazah luar negara, pengiktirafan individu MQA adalah wajib.
MAKLUMAT PENTING
- Penempatan di mana-mana sekolah (bandar atau pedalaman)
- Tertakluk kepada kekosongan opsyen KPM
- SPP berhak menawarkan opsyen berlainan mengikut keperluan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
20 Mac 2026 (Jumaat)
Jika anda graduan pendidikan dan bercita-cita menjadi pendidik di bawah KPM, ini peluang anda untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026.
📌 Mohon sekarang sebelum tarikh tutup!
