

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Thafiz Al-Quran dan Qiraat) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Gred: DG9
- Bidang: Thafiz Al-Quran dan Qiraat
- Lokasi: Negeri Sembilan
- Kekosongan: 1
- Simpanan: 5
Taraf Pelantikan
- Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; atau
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan akan dilantik secara pelantikan tetap.
Keperluan Bidang
Calon hendaklah mempunyai kelayakan dalam salah satu bidang berikut:
- Thafiz Al-Quran
- Thafiz Al-Quran dan Qiraat
- Thafiz dan Tafsir Al-Quran
- Pengajian Al-Quran dan Qiraat
Keperluan Tambahan
- Penentuan jantina calon tertakluk kepada ketetapan Suruhanjaya
- Hanya calon atau ibu/bapa calon yang lahir di Negeri Sembilan atau calon yang mempunyai alamat surat menyurat di Negeri Sembilan layak memohon
- Calon mestilah telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda / Kepujian / Pendidikan / Sarjana / PhD yang diiktiraf pada atau sebelum tarikh tutup iklan
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:
👉 Klik di sini untuk memohon melalui SPA9
Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih sah, namun calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan
23 Disember 2025 (Selasa), jam 11:59 malam
Nota Penting Jayakerjaya
Pastikan maklumat akademik, bidang pengajian serta dokumen sokongan dikemas kini sepenuhnya dalam sistem SPA9 bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Untuk panduan lengkap persediaan temuduga dan rujukan kerjaya sektor awam, layari jayakerjaya.com.
