

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai bakat dalam bidang fotografi untuk memohon jawatan Jurufotografi Gred B5 di bawah Kementerian Komunikasi bagi penempatan di Semenanjung Malaysia. Jawatan ini sesuai bagi individu kreatif yang berminat dalam bidang media, visual dan pengimejan.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Jurufotografi
- Gred: B5
- Kementerian: Kementerian Komunikasi
- Penempatan: Semenanjung Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kelayakan: Bakat / STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM / Diploma
- Bilangan Kekosongan: 2
- Simpanan: 15
Taraf Pelantikan
Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Keperluan Bakat
Calon hendaklah mempunyai bakat dalam bidang fotografi sebagaimana ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan.
Keperluan Bidang
Keperluan bidang adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran. Antara bidang yang diterima termasuk:
- Digital Video
- Fotografi dan Pengimejan Kreatif
- Fotografi Komersil
- Komunikasi Visual
- Kreatif Video dan Fotografi
- Media Digital
- Media Inovasi
- Multimedia
- Seni Foto (Photography)
- Teknologi Fotografi
Keperluan Tambahan
- Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh senat atau jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan layak memohon.
Maklumat Lanjut Syarat Lantikan
Maklumat lengkap berkaitan syarat lantikan, skim perkhidmatan, gaji dan tugas jawatan boleh disemak melalui portal rasmi SPA di pautan berikut:
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan
30 Disember 2025 (Selasa), jam 11:59 malam
Calon yang telah mengemukakan permohonan sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Pastikan maklumat peribadi serta pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Rebut peluang membina kerjaya kreatif dalam perkhidmatan awam. Mohon sekarang!
