iklan jawatan temuduga Pereka Gred B9 (Semenanjung) kementerian komunikasi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, kreatif serta mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang seni reka untuk memohon jawatan Pereka Gred B9 di bawah Kementerian Komunikasi bagi penempatan di Semenanjung Malaysia.

Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Pereka
  • Gred: B9
  • Kementerian: Kementerian Komunikasi
  • Penempatan: Semenanjung Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Kelayakan: Bakat & Pengalaman / Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
  • Bilangan Kekosongan: 3
  • Simpanan: 15

Taraf Pelantikan

Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

Keperluan Bakat

  • Fotografi; atau
  • Lukisan.

Keperluan Bidang

Keperluan bidang adalah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan dan dinyatakan dalam Lampiran. Antara bidang yang diterima termasuk:

  • Lukisan Senibina
  • Reka Bentuk (Animasi) / Animasi 2D / 3D
  • Rekaan Fesyen dan Pakaian
  • Rekabentuk Dalaman
  • Rekabentuk dan Perancangan Persekitaran
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Rekabentuk Grafik Berkomputer
  • Seni Gunaan dan Seni Reka
  • Seni Kreatif
  • Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik / Media Digital)
  • Seni Reka Multimedia / Interactive & Multimedia Design
  • Seni Reka Grafik dan Media Kreatif
  • Seni Reka Grafik Digital
  • Teknologi Pengiklanan dan Rekabentuk Grafik
  • Teknologi Seni Reka
  • Teknologi Seni Visual
  • Teknologi Senibina

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat atau jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon, selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Maklumat Lanjut Syarat Lantikan

Maklumat lengkap berkaitan syarat lantikan, skim perkhidmatan, gaji dan tugas jawatan boleh dirujuk melalui portal rasmi SPA di pautan berikut:

Perbekalan Umum:
https://www.spa.gov.my/syarat-permohonan

Skim Perkhidmatan:
https://spa.gov.my/syarat-permohonan/pereka-gred-b9

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan

30 Disember 2025 (Selasa), jam 11:59 malam

Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Pastikan maklumat peribadi dan pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.

Ini adalah peluang terbaik untuk membina kerjaya kreatif dalam perkhidmatan awam. Mohon sekarang!

Scroll to Top