

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5 (Pendidikan Islam) di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Semenanjung). Jawatan ini terbuka kepada calon lepasan diploma dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam yang berkaitan.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Gred: DG5
- Bidang: Pendidikan Islam
- Agensi: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Penempatan: Semenanjung Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kelayakan: Diploma
- Bilangan Kekosongan: 301
- Simpanan: 602
Taraf Pelantikan
Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Keperluan Bidang
Keperluan bidang adalah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan dan dirujuk dalam Lampiran. Antara bidang yang diterima termasuk:
- Bahasa Arab
- Pendidikan (Bahasa Arab / Pendidikan Islam)
- Pengajian Islam
- Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Islam Sekolah Rendah
- Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak
- Pendidikan Islam dan Multimedia
- Pengajian Islam (Syariah / Usuluddin / Falsafah)
- Pengajian Islam dan Bahasa Arab
- Pengajian Islam dan Sains
- Perguruan / Pendidikan (Pendidikan Islam)
- Qiraat
- Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
Keperluan Tambahan
- Hanya calon yang telah memperoleh sijil atau diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh senat atau jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan layak memohon.
Maklumat Lanjut Syarat Lantikan
Maklumat lengkap berkaitan syarat lantikan, skim perkhidmatan, gaji dan tugas jawatan boleh disemak melalui portal rasmi SPA di pautan berikut:
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan
29 Disember 2025 (Isnin), jam 11:59 malam
Calon yang telah membuat permohonan sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Pastikan maklumat peribadi serta pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Jangan lepaskan peluang untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan Islam di peringkat Persekutuan. Mohon sekarang!
