
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini membuka peluang kerjaya kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang Psikologi untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai jawatan kosong yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong SPA 2025
- Jawatan: Pegawai Psikologi Gred S9
- Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Kekosongan: 19 Kekosongan
- Simpanan: 19 Kekosongan
- Taraf Pelantikan: Kontrak (Interim) selama 3 tahun / Tetap (bagi pegawai sedia ada)
Syarat & Keperluan Bidang
Hanya calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian / Ijazah Sarjana / Ijazah Kedoktoran dalam bidang berikut sahaja yang layak memohon:
- Psikologi
- Psikologi (Kanak-Kanak dan Keluarga)
- Psikologi Dengan Pembangunan Sumber Manusia
- Psikologi Industri dan Organisasi
- Psikologi Kaunseling
- Psikologi Klinikal
- Sains Kemanusiaan (Psikologi)
- Sains Kognitif
- Sains Psikologi dan Neurosains Kognitif
- Sains Sosial (Psikologi)
Cara Memohon Melalui SPA9
Bagi anda yang berminat, permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian menerusi Portal Rasmi SPA9.
Langkah-langkah permohonan:
- Layari portal SPA9 (https://spa9.spa.gov.my).
- Log masuk atau daftar akaun baharu jika belum mempunyai akaun.
- Masukkan maklumat peribadi dan akademik yang tepat.
- Pilih jawatan Pegawai Psikologi Gred S9 dalam senarai jawatan yang dipohon.
- Pastikan status pendaftaran anda adalah “SELESAI”.
Nota Penting: Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya tempoh sah laku pendaftaran masih aktif. Namun, anda dinasihatkan untuk mengemas kini pusat temu duga terdekat.
Tarikh Tutup Permohonan
Pastikan permohonan anda dihantar sebelum:
⏰ 30 Disember 2025 (Selasa)
🕚 11:59 Malam
Maklumat Lanjut & Rujukan
Untuk keterangan lanjut mengenai syarat gaji, deskripsi tugas dan perincian skim, sila rujuk pautan di bawah:
Tips Tambahan Untuk Calon:
- Pastikan ijazah anda telah diiktiraf dan disahkan oleh Senat/Jawatankuasa berkaitan sebelum tarikh tutup.
- Kemaskini resume dan pastikan emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah emel yang aktif.
Sila kongsikan iklan jawatan kosong ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang berkelayakan!
