

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pembantu Syariah Gred LS1 di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Jawatan ini ditawarkan khusus kepada calon lepasan SPM dan SKM yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pembantu Syariah
- Gred: LS1
- Majikan: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kelayakan: SPM dan SKM
- Bilangan Kekosongan: 3
- Simpanan: 9
Taraf Pelantikan
Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, pelantikan adalah secara tetap tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Syarat & Keperluan Bidang
Keperluan bidang adalah sebagaimana ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Buat masa ini, tiada bidang SKM Tahap 2 atau Tahap 3 yang ditetapkan bagi jawatan ini.
Kelayakan Tambahan
- Penetapan jantina calon adalah tertakluk kepada ketetapan Suruhanjaya.
- Hanya calon atau ibu/bapa calon yang lahir di Negeri Sembilan atau calon yang mempunyai alamat surat-menyurat di Negeri Sembilan sahaja layak memohon.
Maklumat Lanjut Syarat Lantikan
Maklumat lengkap berkaitan syarat lantikan, gaji dan tugas jawatan boleh disemak melalui laman rasmi SPA di pautan berikut:
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan
23 Disember 2025 (Selasa), jam 11:59 malam
Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Pastikan maklumat peribadi serta pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Jangan lepaskan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam negeri. Mohon sekarang!
