

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Jawatan ini terbuka kepada calon lepasan SPM / SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam khususnya dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pembantu Hal Ehwal Islam
- Gred: S1
- Penempatan: Negeri Sembilan
- Jumlah Kekosongan: 13
- Jumlah Simpanan: 26
Taraf Pelantikan
- Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama 3 tahun.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan akan dilantik secara pelantikan tetap.
Keperluan Bidang
- Pengurusan masjid; atau
- Pengauditan halal.
Kelayakan Tambahan
- Penetapan jantina calon adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya.
- Hanya calon atau ibu/bapa calon yang lahir di Negeri Sembilan atau calon yang mempunyai alamat surat-menyurat di Negeri Sembilan layak memohon bagi urusan ini.
Nota: Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan maklumat pusat temu duga adalah dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan
23 Disember 2025 (Selasa), jam 11:59 malam
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA:
👉 Mohon Sekarang di https://spa9.spa.gov.my
Pastikan permohonan lengkap dan dihantar sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pemprosesan.
