

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Sains dan Matematik) di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Jawatan ini dibuka kepada calon profesional dalam bidang pendidikan, khususnya Sains dan Matematik.
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Gred: DG9
- Bidang: Sains dan Matematik
- Majikan: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Bilangan Kekosongan: 1
- Simpanan: 5
Taraf Pelantikan
Calon lantikan baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan boleh dipertimbangkan untuk pelantikan tetap tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Keperluan Bidang
- Sains dan Matematik serta Pendidikan (Matematik)
- Sains (Matematik)
- Pendidikan Sains Matematik
Keperluan Tambahan
- Penentuan jantina calon adalah tertakluk kepada ketetapan Suruhanjaya.
- Hanya calon atau ibu/bapa calon yang lahir di Negeri Sembilan atau calon yang mempunyai alamat surat-menyurat di Negeri Sembilan sahaja layak memohon.
- Calon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Muda Kepujian / Ijazah Sarjana Muda Pendidikan / Ijazah Sarjana / PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh senat atau jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat Lanjut Syarat Lantikan
Maklumat terperinci berkaitan syarat lantikan, gaji serta tugas jawatan boleh disemak melalui laman rasmi SPA di pautan berikut:
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pautan Permohonan:
https://spa9.spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan
23 Disember 2025 (Selasa), jam 11:59 malam
Calon yang telah mengemukakan permohonan sebelum ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah. Sila pastikan maklumat peribadi dan pusat temu duga dikemas kini sebelum tarikh tutup iklan.
Jangan lepaskan peluang menyertai perkhidmatan pendidikan negeri. Mohon sekarang!
