




Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Pelbagai Subjek)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Pelbagai Subjek) bagi penempatan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Semenanjung).
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Gred: DG9
- Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Kelayakan Akademik: Ijazah Sarjana Muda
Taraf Pelantikan
- Lantikan baharu secara kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun
- Pegawai sedia ada dalam perkhidmatan Kerajaan dilantik secara tetap
Bilangan Kekosongan
- Kekosongan: 38
- Simpanan: 70
Subjek dan Pecahan Pengisian
| Subjek | Pecahan Pengisian |
|---|---|
| Bimbingan dan Kaunseling | 1 lantikan, 10 simpanan |
| Pendidikan Islam / Bahasa Arab | 7 lantikan, 10 simpanan |
| Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | 10 lantikan, 10 simpanan |
| Pendidikan Seni Visual | 5 lantikan, 10 simpanan |
| Pendidikan Muzik | 5 lantikan, 10 simpanan |
| Sejarah | 5 lantikan, 10 simpanan |
| Reka Bentuk dan Teknologi | 5 lantikan, 10 simpanan |
Bidang Kelayakan – Bimbingan dan Kaunseling
Antara bidang yang diterima termasuk Kaunseling, Kaunseling Islam, Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Psikologi Kaunseling, Psikologi Pendidikan, Psikologi Pendidikan dan Bimbingan, Sains Kaunseling, Sains Sosial (Psikologi) serta Usuluddin dengan Kaunseling.
Bidang Kelayakan – Pendidikan Islam / Bahasa Arab
Antara bidang yang diterima termasuk Pendidikan Islam, Pengajian Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Bahasa Arab, Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Tahfiz Al-Quran dan Qiraat, Qiraat, Syariah, Usuluddin dan Falsafah serta bidang pengajian Islam yang berkaitan.
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan akademik (Ijazah Sarjana Muda / Diploma Pendidikan / Sarjana / Doktor Falsafah) yang diiktiraf dan disahkan oleh senat atau jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA (SPA9).
KLIK DI SINI UNTUK MOHON SEKARANG
Calon yang telah mendaftar dan permohonan masih dalam tempoh sah tidak perlu mendaftar semula, namun perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.
Tarikh Tutup Permohonan
22 Disember 2025 (Isnin), jam 11:59 malam
