
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPA Perak) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam negeri Perak bagi tahun 2026. Permohonan adalah dipelawa bagi beberapa jawatan tetap dan kontrak seperti yang dinyatakan di bawah.
Senarai Jawatan Ditawarkan
Berikut merupakan jawatan yang dibuka di bawah Iklan 4/2026:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Kontrak)
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 (Kontrak)
- Penolong Jurutera Gred JA5 (Tetap)
- Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 (Tetap)
- Pengawas Hutan Gred G1 (Tetap)
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1 (Tetap)
- Pembantu Syariah Gred LS1 (Tetap)
- Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Tetap)
Jawatan-jawatan ini melibatkan pelbagai bidang termasuk pendidikan, teknikal, pentadbiran, keagamaan dan perkhidmatan sokongan.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka mulai:
๐ 02 Mac 2026 hingga 11 Mac 2026
โฐ Sehingga jam 11.59 malam
Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem KerjayaSPA di pautan berikut:
๐ MOHON DISINI
Pemohon dinasihatkan memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum menghantar permohonan. Permohonan yang telah dibuat akan kekal berkuat kuasa sehingga iklan baharu bagi jawatan yang sama dikeluarkan.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
๐ SPA Perak: 05-2540615
