HEBAHAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG9 TAHUN 2026

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 (DG41)

Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Tahun 2026


SYARAT PELANTIKAN

Pelantikan adalah secara Kontrak (Interim) dan calon mestilah:

✅ Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau setaraf

✅ Kelayakan Akademik

Memiliki salah satu kelayakan berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan daripada IPT tempatan/luar negara yang diiktiraf Kerajaan; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf Kerajaan.

KEUTAMAAN MENGIKUT OPSYEN

📌 SJKC

Keutamaan kepada graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian Bahasa Cina di peringkat SPM

(kecuali opsyen BM / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris)

📌 SJKT

Keutamaan kepada graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian Bahasa Tamil di peringkat SPM

(kecuali opsyen BM / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris)

📌 Opsyen Tahfiz

Keutamaan kepada:

  • Ijazah Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat diiktiraf MQA
  • Diploma Tahfiz / Sijil Tahfiz Malaysia (STM) diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Diploma Tahfiz diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

📌 Opsyen Bahasa Semai, Kadazandusun & Iban

Keutamaan kepada:

  • Graduan bidang bahasa berkaitan
  • Penutur asli (native speaker) / penguasaan bahasa yang baik

SYARAT KHAS OPSYEN BAHASA INGGERIS (BI)

Penilaian berdasarkan CEFR:

  • Graduan Pendidikan BI/TESL – CEFR C1 ➜ Layak dipertimbang lantikan Kontrak (Interim)
  • Graduan Pendidikan BI/TESL – CEFR B2 ke bawah ➜ Layak lantikan Contract of Service (COS) ➜ Wajib capai C1 dalam tempoh kontrak
  • Graduan pelbagai bidang – CEFR C1 ➜ Layak Kontrak (Interim)
  • Graduan pelbagai bidang + Diploma BI – CEFR B2 ➜ Layak COS dan perlu capai C1

GRADUAN TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Keputusan senat selepas 20 Mac 2026
  • Graduan Tajaan KPM
  • Guru Interim
  • Guru Kontrak (SPP/KPM)
  • Dalam siasatan / hukuman tatatertib
  • Pernah dibuang kerja Perkhidmatan Awam
  • Bankrap

CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui Sistem mySPP:

🔗 https://myspp.spp.gov.my/

🗓 Tempoh Permohonan:

2 Mac 2026 – 20 Mac 2026

⚠ Penting:

  • Pastikan maklumat lengkap & tepat
  • Kesilapan boleh menjejaskan peluang temu duga
  • Tidak dibenarkan kemas kini selepas 20 Mac 2026
  • Sistem ditutup 21 Mac – 21 April 2026

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN

Calon perlu membawa surat pengiktirafan ijazah daripada MQA semasa temu duga.

Semakan boleh dibuat di:

  • https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan
  • https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Bagi ijazah luar negara, pengiktirafan individu MQA adalah wajib.


MAKLUMAT PENTING

  • Penempatan di mana-mana sekolah (bandar atau pedalaman)
  • Tertakluk kepada kekosongan opsyen KPM
  • SPP berhak menawarkan opsyen berlainan mengikut keperluan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

20 Mac 2026 (Jumaat)


Jika anda graduan pendidikan dan bercita-cita menjadi pendidik di bawah KPM, ini peluang anda untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026.

📌 Mohon sekarang sebelum tarikh tutup!

Scroll to Top