
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia kini membuka permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk penempatan di Semenanjung. Individu yang berkelayakan dan mempunyai minat dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam amat digalakkan untuk memohon.
Berikut adalah butiran lengkap mengenai jawatan, syarat kelayakan, dan senarai bidang pengkhususan yang diperlukan:
1. Maklumat Jawatan
- Nama Jawatan: Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5
- Jabatan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – Semenanjung
- Kekosongan: 22 Orang
- Simpanan: 44 Orang
- Kumpulan: Pelaksana
2. Syarat Lantikan
- Calon Lantikan Baharu: Akan dilantik secara Kontrak (Interim) selama 3 tahun.
- Pegawai Tetap (Sedia Ada): Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan akan dilantik secara Tetap.
- Kelayakan Akademik: Terbuka kepada pemegang STPM, STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Diploma dalam bidang berkaitan.
3. Senarai Bidang Pengkhususan (Keperluan Bidang)
Berikut adalah senarai penuh bidang yang diiktiraf untuk permohonan jawatan ini. Sila pastikan bidang pengajian anda tersenarai sebelum memohon:
| Bil | Bidang Pengkhususan | Bil | Bidang Pengkhususan |
| (i) | Al-Dakwah Wal Qiadah | (xxvii) | Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah) |
| (ii) | Al-Quran & Al-Sunnah (Qiraat) | (xxviii) | Pengajian Islam (Usuluddin) |
| (iii) | Al-Quran & Al-Sunnah (Komunikasi) | (xxix) | Pengajian Islam & Bahasa Arab |
| (iv) | Al-Quran dan Hadis | (xxx) | Pengajian Islam (B. Arab & Tamadun) |
| (v) | Al-Syariah | (xxxi) | Perbandingan Mazhab & Hukum |
| (vi) | Aqidah dan Dakwah | (xxxii) | Perundangan Islam/ Syariah |
| (vii) | Aqidah dan Falsafah | (xxxiii) | Qiraat |
| (viii) | Dakwah & Pembangunan Insan | (xxxiv) | Syariah |
| (ix) | Dakwah & Pembangunan S. Manusia | (xxxv) | Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam) |
| (x) | Dakwah dan Pengurusan | (xxxvi) | Syariah (Falak Syarii) |
| (xi) | Fiqh dan Fatwa | (xxxvii) | Syariah dan Ekonomi |
| (xii) | Fiqh dan Pengajian Islam | (xxxviii) | Syariah dan Pengajian Islam |
| (xiii) | Fiqh dan Usul Al-Fiqh | (xxxix) | Syariah dan Pengurusan |
| (xiv) | Hadis | (xl) | Syariah dan Undang-Undang |
| (xv) | Hukum Sahsiah Keluarga | (xli) | Syariah dengan Muamalat |
| (xvi) | Ilmu Wahyu & Warisan Islam (Quran) | (xlii) | Syariah Islamiyyah |
| (xvii) | Ilmu Wahyu & Warisan Islam (Usuluddin) | (xliii) | Tafsir dan Hadis |
| (xviii) | Muamalat / Pentadbiran / Pengurusan | (xliv) | Tafsir dan Ulum Quran |
| (xix) | Pengajian Akidah dan Agama | (xlv) | Tahfiz Al-Quran |
| (xx) | Pengajian Al Quran dan Qiraat | (xlvi) | Tahfiz Al-Quran dan Qiraat |
| (xxi) | Pengajian Dakwah dan Kepimpinan | (xlvii) | Usuluddin |
| (xxii) | Pengajian Islam | (xlviii) | Usuluddin (Hadith & Ulum Hadith) |
| (xxiii) | Pengajian Islam (Dakwah) | (xlix) | Usuluddin (Al-Quran & Al-Hadith) |
| (xxiv) | Pengajian Islam (B. Arab & Tamadun) | (l) | Usuluddin dan Falsafah |
| (xxv) | Pengajian Islam (Pengurusan) | (li) | Usuluddin dengan Kaunseling |
| (xxvi) | Pengajian Islam (Syariah) | (lii) | Usuluddin Tafsir & Ulum Quran |
4. Tarikh Tutup Permohonan
Jangan terlepas! Permohonan mestilah dihantar sebelum:
📅 8 Januari 2026 (Khamis)
⏰ Jam 11:59 Malam
5. Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9):
👉 Klik Di Sini Untuk Memohon: https://spa9.spa.gov.my
Nota Penting:
- Hanya calon yang memiliki diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup sahaja yang layak.
- Jika anda sudah mendaftar jawatan ini sebelum ini, pastikan tempoh sah laku pendaftaran anda masih aktif. Anda tidak perlu mendaftar semula jika masih sah, namun digalakkan mengemas kini maklumat terkini.
Sebarkan info ini! Bantu rakan-rakan kita yang sedang mencari kerja dengan kongsikan pautan ini.
#JawatanKosong #KerjaKosong2026 #JAKIM #SPAMalaysia #KerjayaHalEhwalIslam #KerjaKerajaaN
